Sunday, June 23, 2024
HomeBERITAYang di-Pertuan Agong perkenan sumbang bantuan peribadi untuk Tabung COVID-19

Yang di-Pertuan Agong perkenan sumbang bantuan peribadi untuk Tabung COVID-19

Tabung Bantuan Khas COVID-19 terus menerima sumbangan daripada pelbagai pihak.

Hari ini, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan menyerahkan sumbangan peribadi kepada kerajaan untuk Tabung Khas COVID-19.

Menerusi laman media sosial Facebook Perdana Menteri Malaysia @Muhyiddin Yassin, beliau menyatakan sumbangan terbabit disampaikan melalui Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin.

Sebelum ini, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong telah titah perkenan supaya kerajaan tidak membayar Emolumen Diraja kepada Baginda berdua selama enam bulan mulai Mac hingga Ogos 2020.

Benar-benar pemimpin berjiwa rakyat.

Daulat Tuanku!

DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong hari ini telah berkenan menyumbangkan sumbangan peribadi kepada kerajaan…

Dikirim oleh Muhyiddin Yassin pada Kamis, 16 April 2020

#StayAtHome
#staySafe
#stayHealthy
#BreaktheChain

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments