Saturday, November 21, 2026
HomeDUNIASingapura lanjutkan langkah pemutus rantaian jangkitan COVID-19 sehingga 1 Jun depan

Singapura lanjutkan langkah pemutus rantaian jangkitan COVID-19 sehingga 1 Jun depan

Tempoh penguatkuasaan langkah-langkah pemutus rantaian jangkitan COVID-19, atau ‘Circuit Breaker’ akan dilanjutkan selama empat minggu lagi sehingga 1 Jun.

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dalam ucapannya berkata ia bertujuan mengurangkan jumlah kes tidak berkaitan yang ‘mereka tidak tahu bagaimana mereka dijangkiti, atau dari siapa’.

“Malangnya jumlahnya tidak berkurangan dan ini menunjukkan terdapat lebih banyak, tempat simpanan tersembunyi dalam masyarakat, yang adalah sumber kes-kes yang tidak berkaitan ini, yang kami tidak dapat kesan,” katanya.

Singapura melaksanakan langkah pemutus rantaian pada 7 April dan dijadual berakhir pada 4 Mei.

Lee juga mengakui bahawa dalam komuniti yang lebih luas, langkah pemutus rantaian mula memberi kesan kerana jumlah kes komuniti telah menurun dalam beberapa hari yang lalu.

“Ini adalah hasil dari kita semua bersatu, berkorban dan mematuhi peraturan pemutus rantaian. Kita tidak boleh berpuas hati. Kita mesti terus berusaha untuk menurunkan jangkitan harian dengan lebih mendadak, menjadi satu angka, atau bahkan sifar,” tambahnya.

Perdana Menteri berkata, republik itu ingin menurunkan jumlah jangkitan secara tegas.

“Kami juga ingin memastikan bahawa jika terjadi kebocoran dari asrama ke masyarakat yang lebih luas, kami dapat mengesan dan membendungnya lebih awal, dan mencegah kluster baharu terbentuk dan merebak di luar kawalan,” katanya.

Oleh itu, untuk mencapai objektif berkenaan, Lee berkata: “Kita semua mesti mencari dan terus melakukan langkah-langkah pemutus rantaian yang ketat.”

Sehingga jam 12 tengah hari hari ini, Singapura telah mengesahkan 1,111 kes jangkitan COVID-19 tambahan di republik itu, menjadikan jumlahnya 9,152.

Sebahagian besar kes baharu adalah pemegang permit kerja yang tinggal di asrama pekerja asing manakala 20 kes adalah warga Singapura atau Penduduk Tetap.

Dengan angka terbaru, Singapura yang melaporkan kes pertama COVID-19 pada 23 Januari, telah mencatat jumlah kes tertinggi dalam kalangan negara anggota ASEAN.

Berikut petikan ucapan Perdana Menteri Singapura oleh Berita Media Corp.

Tempoh penguatkuasaan langkah-langkah pemutus rantaian jangkitan COVID-19, atau 'Circuit Breaker' akan dilanjutkan selama empat minggu lagi sehingga 1 Jun.Laporan penuh di BERITA jam 8 malam ini.

Dikirim oleh BERITAmediacorp pada Selasa, 21 April 2020

–THE MALAYA POST

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments