Sepanjang tempoh kajian bermula 25 Januari hingga 17 Mac 2020 terdapat 40 kertas siasatan telah dibuka oleh Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara.
Kes ini berkaitan dengan kes-kes penyebaran khabar angin dan berita palsu berhubung isu COVID-19 di media sosial.

Daripada kesemua kertas siasatan, 11 kes telah dituduh di bawah Seksyen 505 (b) KK, 3 kes telah diputuskan sebagai No Futher Action (NFA) dan 26 lagi masih dalam siasatan pihak polis.
Kesemua kes adalah diklasifikasikan di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan (KK) iaitu kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam dengan niat hendak menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia (AKMM) 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply