Saturday, May 18, 2024
HomeBERITAKongsi foto dan video mesra bersama wanita jelita, pelakon Ariff Aziz sudah...

Kongsi foto dan video mesra bersama wanita jelita, pelakon Ariff Aziz sudah punya teman istimewa?

Pelakon berbadan sado, Ariff Aziz yang juga bekas suami penerbit drama, Dato’ A.Aida nampaknya sudah mempunyai teman istimewa.

Ariff yang juga seorang model, telah berkongsi foto mesra bersama seorang wanita jelita di laman sosialnya.

“Safe flight babe ❤????. @svetik132015 ..meet you soon..thanks for cheering for my basketball match” tulis Ariff Aziz bersama beberapa keping foto bersama rakan wanitanya itu.

Rupanya wanita ini telah menemani dan memberi semangat kepada Ariff yang terlibat dengan perlawanan bola keranjang.

Di entri terbarunya, Ariff juga telah memuat naik video intim yang memaparkan wanita berkenaan mencium pipi pelakon kacak ini.

Wanita kelahiran Ukraine, Svetlana Oudeno Dos Santos atau Svetik kelihatan sungguh manja ketika berada di samping Ariff Aziz.

Di ruangan komen, warganet sempat mengusik dan mengatakan rupanya Ariff mahukan gadis muda dan bergetah malah ada juga yang berpendapat pasangan ini sangat sepadan bersama.

Untuk rekod, pelakon drama bersiri Wan Peah ini telah mengahwini Dato’ A.Aida pada 21 Julai 2018, namun perkahwinan mereka tidak bertahan lama dan bercerai pada 25 April 2019.

Ariff yang berdarah kacukan Melayu, Inggeris merupakan bekas finalis Pencarian Lelaki Maskulin tahun 2013 dan 2014.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments