Saturday, May 18, 2024
HomeBERITAAnak sering dibuli, Rita Rudaini ambil tindakan serius

Anak sering dibuli, Rita Rudaini ambil tindakan serius

Ibu mana yang sanggup melihat anak yang dijaga seperti menatang minyak yang penuh ditindas dan dibuli tanpa rasa belas kasihan.

Demikian yang berlaku kepada anak sulung pelakon cantik, Rita Rudaini iaitu Ryan atau nama sebenar Airit Rayyan Rizqin yang telah dibuli oleh rakan sekolahnya.

Melalui perkongsian di laman Instagram, Rita Rudaini memberitahu sikap Ryan yang tidak melawan dan membiarkan sahaja perbuatan melampau rakan-rakan menyebabkan dirinya sering dibuli di sekolah.

View this post on Instagram

Dia ni asyik kena buli…sbb dia xmelawan…org kata apa pon kt dia..dia xpandai bls..org buat apa pon kt dia,dia xbls…mommy pon xajar ank2 mommy kata kt ank org or buat ank org….tp tggu ,mommy yg akan ambik tindakan klau mak bpk xreti nk ajar ank sendiri…mommy ni tgk je lembut…tp jgn buat hal ye….benda skit2 mommy bole lg tutup mata n just ajar ank 'biarkan' …tp bila sampai bab kena londeh sluar ni….haaaa mmg kurang ajar sgt lah ni…klau mak bpk bole buat xtau bila dah buat report…buat xtau bila tau ank dia 'something'….sampai skrg sisturr tggu ye…but nothing dr parent tu….tgguu Rita Rudaini buat sesuatu…sisturr dun care level apa pon….jgn main2 dgn sisturr…i bela ank2 sorg2 xde suami but dun play2 ya…kdg2 sisturr bole jd kucing tp awasss sisturr juga bole tukaq jd naga… . . Sampai dah CUTI SEKOLAH tp NOTHING…haaaa tgguu…sampai ryan mintak tukaq sekolah….tp mommy ckp 'benda ni bukan psal sek,bukan salah sek..tp ATAS DIDIKAN MAK BAPAK di rumah' ….mungkin kena report kementerian trus ni…TOO MUCH! Mcm mana paksu n maksu @siti.azwa @neves7727 ?

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727) on

“mommy ni tgk je lembut…tp jgn buat hal ye….benda skit2 mommy bole lg tutup mata n just ajar ank ‘biarkan’ …tp bila sampai bab kena londeh sluar ni….haaaa mmg kurang ajar sgt lah ni…” tulis Rita.

Tambahnya, dia akan mengambil tindakan di atas perbuatan melampau kanak-kanak berkenaan terhadap anaknya.

Rita turut memberitahu, dia sudah pun membuat laporan dan menunggu respon dari penjaga pelajar berkenaan.

Namun sehingga sekarang walaupun cuti persekolahan sudah bermula, tiada perkembangan dari pihak penjaga kanak-kanak terbabit.

Menurutnya, Ryan meminta untuk menukar sekolah namun Rita hanya menjawab kejadian ini bukanlah berpunca atau kesilapan pihak sekolah tetapi ianya adalah kerana didikan di rumah.

Di ruangan komen,para peminatnya menyokong tindakan yang diambil oleh Rita malah ada yang turut berkongsi pengalaman yang sama.

Perbuatan buli di kalangan pelajar merupakan isu serius yang patut diambil perhatian.

Kelakuan membuli sebenarnya meninggalkan kesan trauma kepada mangsa, malah ada yang bertindak mendera sehingga maut.

Ini membuktikan gejala buli semakin membimbangkan.

Diharap pihak berwajib memberi perhatian dan memandang serius perbuatan tidak bermoral yang dilihat semakin berleluasa berlaku di sekolah mahupun di asrama.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments