Sunday, May 26, 2024
HomeBERITA“Jika difikirkan secara waras bapa mana yang tidak sayangkan anak”, Dr Che...

“Jika difikirkan secara waras bapa mana yang tidak sayangkan anak”, Dr Che Muhammad Hafiz perjelas keadaan sebenar

Ramai pihak membuat pelbagai andaian apabila viral video suami pelakon dan penyanyi Lufya Omar, Dr Che Muhammad Hafiz yang tidak mengendahkan anak perempuannya memanggil ‘daddy’ berulang kali.

Kejadian sedih yang berlaku pada hari sebutan pertama kes penceraian pasangan ini telah mengundang kecaman ramai apabila video yang memaparkan Dr Che Muhammad Hafiz tidak menghiraukan panggilan anaknya sejurus keluar dari ruang perbicaraan mahkamah.

Rentetan kecaman orang ramai terhadapnya, Dr Che Muhammad Hafiz tampil menceritakan situasi sebenar yang berlaku pada ketika itu.

View this post on Instagram

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua… Memandangkan ramai sangat warganet yang Salah faham dan Salah memberi tafsiran berkenaan dengan isu video yang sedang menular tentang Saya tidak hiraukan anak apabila anak saya memanggil berkali2. Sebenarnya Saya memang prihatin dan faham memang perkara sebegini akan menjadi perhatian ramai orang apatah lagi ia membabitkan sentimen anak kandung sendiri. Isu ini juga menjadi sangat sensitif dan ia boleh membangkitkan kemarahan ramai pihak terutama kepada mereka yang sudah berkahwin atau berkeluarga dan mempunyai anak.Jadi apa yang Saya ingin jelaskan disini adalah berkenaan dengan dakwaan2 seperti tidak sayangkan anak dll adalah tidak benar malah sy dihalang dan tidak diberi peluang untuk melaksanakan tanggungjawab sbg bapa.Gambar2 yang Sy upload di atas ada babak2 ketika saya berada di dalam mahkamah. Kalau perhatikan di dalam gambar2 tersebut saya sedang meluangkan masa bersama anak sy Sampai la anak sy pergi kepada ibunya.then selepas itu baru la sy keluar dari mahkamah. Sejurus keluar sahaja dari mahkamah ramai juru kamera dan wartawan menyapa( itu Saya memang faham dengan tugasan mereka). Ketika itu saya hanya kedengaran bunyi flash kamera dan fikiran saya saat itu adalah untuk bersedia pada soalan yang bakal reporter akan tanya.( maklumlah sy rasa nervous Sebab ini adalah kali pertama seumur hidup Saya berada dalam situasi di mahkamah ) to my love one Laana haura. Daddy really sorry Sebab tak perasan langsung panggilan daripada you my love ❤️❤️ .jika difikirkan secara waras bapa mana Kat atas dunia ni tak sygkan anak mereka sedangkan binatang seperti singa betina yg ganas itu siap makan manusia lagi pun boleh tetap tahu nak menyayangi anak nya apatah lagi manusia yang diberikan kelebihan otak yang mempunyai akal. Akhir sekali saya ingin beritahu bahawa sy amat tertarik dengan satu kata2 ini iaitu Jika benar seseorang itu adalah orang yang beriman kepada Allah swt maka tidak lah dia sanggup untuk memutuskan silaturrahim (hubungan Kekeluargaan) apatah lagi Jika ia melibatkan hubungan antara bapa dengan anak Jika benar caption ini adalah message maka likes itu adalah messenger. Sekian itu Saja drpd Saya 🙏🏻

A post shared by Dr Che Hafiz (@chehafiz007) on

Menerusi entri Instagram miliknya, dia meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang andaian yang boleh menjatuhkan fitnah.

Menurutnya, mereka yang mengatakan dirinya tidak menyayangi dan tidak mengendahkan anaknya itu adalah tidak benar sama sekali.

Bahkan dia memaklumkan bahawa sebelum ini dirinya dihalang dan tidak diberi peluang untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa.

Menerusi beberapa foto yang dimuat naik olehnya, ketika di dalam ruang perbicaraan, dia kelihatan sedang melayani anak perempuan tunggalnya Laana Haura.

“Jika difikirkan secara waras bapa mana yang tidak sayangkan anak”, tulis Dr Che Muhammad Hafiz.

Menurutnya lagi, sejurus dia keluar dari kamar mahkamah, ramai wartawan dan jurufoto yang sedang menanti dan menyapanya untuk ditemuramah.

Dia turut berkata, bunyi ‘flash’ kamera jurufoto telah menghalang pendengaran ketika Laana Haura memanggil dirinya berulang kali.

Berikutan isu yang menjadi bualan ramai ini, Dr Che Muhammad Hafiz meluahkan kata maaf buat anak perempuannya, Laana kerana tidak mendengar dan tidak menyedari panggilan anaknya itu.

Pada sebutan kes permohonan cerai, suami Lufya enggan dan telah menolak proses penceraian pada hari berkenaan.

Sehubungan itu Hakim Syarie, Shukran Yusof memutuskan agar kedua-dua pihak hadir pada 10 Disember depan untuk sebutan semula kes penceraian dan melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Untuk rekod, Lufya atau nama sebenar Lutfyah Sheikh Omar dan Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum telah melangsungkan perkahwinan pada 26 November 2016.

Pasangan ini telah dikurniakan seorang anak perempuan, Laana Haura yang kini berusia dua tahun.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments