Friday, May 31, 2024
HomeBERITAHIBURANDiundang menyanyi di program Youtuber Blimey, Sarah Suhairi berdangdut hiburkan warga Korea

Diundang menyanyi di program Youtuber Blimey, Sarah Suhairi berdangdut hiburkan warga Korea

Juara program realiti Big Stage musim kedua 2018, Sarah Suhairi kian rancak mengatur langkahnya ke bidang seni suara antarabangsa.

Terbaharu di entri Instagramnya, Sarah memuat naik rakaman video persembahannya di program Trail To Busan di Korea Selatan.

Pelantun lagu berjudul ‘Nyawa & Raga’ itu menjejakkan kaki ke negara berkenaan kerana mendapat undangan untuk membuat persembahan secara ‘live’ dari pihak Youtuber Korea, Blimey menerusi rancangan terbaru mereka yang diadakan di Festival Jagalchi, Busan.

Sarah diberi peluang mengadakan persembahan pembukaan dan memilih lagu dangdut popular nyanyian Mas Idayu, Senggol Senggolan Cubit Cubitan.

Pertama kali menyanyikan lagu bergenre dangdut, ternyata para hadirin sangat terhibur dengan persembahan Sarah.

Lagu dangdut yang didendangkan oleh Sarah seakan sama dengan salah satu irama pop di Korea iaitu muzik ‘trot’.

Rata-rata peminat memuji aksi comel Sarah menari ketika di pentas serta meluahkan rasa bangga apabila bakat penyanyi pop Malaysia mula dikenali di negara luar.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments