Saturday, November 21, 2026
HomeBERITA586 PATI ditahan, akan dikenakan tindakan undang-undang

586 PATI ditahan, akan dikenakan tindakan undang-undang

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah mengadakan operasi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKDP).

Antara lokasi yang terlibat termasuklah di Plaza City One, Malayan Mansion dan kawasan di sekitar Masjid India.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dalam operasi terbabit sebanyak 3,352 individu diperiksa dan 586 darinya di tahan atas kesalahan imigresen serta dihantar ke depot tahanan untuk tindakan undang-undang.

“Sepanjang tempoh PKP, kerajaan sentiasa mengambil cakna akan kebajikan rakyat dari segi makanan dan kesihatan terutamanya di kawasan PKPD.

“Maka inisiatif ini juga tidak terkecuali kepada warga PATI yang berada di kawasan terlibat,” ujar beliau.

SIARAN LANGSUNG:SIDANG MEDIA (NON HEALTH) SELEPAS MESYUARAT KHAS MENTERI-MENTERI MENGENAI PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN OLEH YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB, MENTERI KANAN PERTAHANAN.

SIARAN LANGSUNG:SIDANG MEDIA (NON HEALTH) SELEPAS MESYUARAT KHAS MENTERI-MENTERI MENGENAI PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKANOLEH YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB, MENTERI KANAN PERTAHANAN.

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Jumat, 01 Mei 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments