Monday, June 17, 2024
HomeBERITACOVID-19 : 116 pulih, 105 kes baharu

COVID-19 : 116 pulih, 105 kes baharu

Menerusi perkongsian laman media sosial Facebook @KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA, jumlah kes positif baharu pada hari ini adalah 105 kes dimana 11 daripadanya merupakan kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 6,176 kes.

Manakala jumlah pesakit yang sembuh dan discaj adalah seramai 116 orang dan ini menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 4,326 kes (70.05%)

Bagi pesakit yang masih dirawat (Kes Aktif) adalah seramai 1,747 orang.

Seramai 31 orang masih dirawat di ICU dimana 12 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sukacita dimaklumkan bahawa TIADA kematian baharu pada hari ini.
Ini menjadikan jumlah kes kematian di negara kita KEKAL sebanyak 103 kes (1.67%)

Dalam pada itu, pihak KKM menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil kesempatan di atas kelonggaran PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) yang diberikan.

Kekalkan amalan dan langkah pencegahan COVID-19.

Semoga usaha kita selama ini berjaya membendung seterusnya memutuskan rantaian virus pandemik ini.

#COVID19
#StayAtHome
#staySafe
#stayHealthy
#BreakTheChain
#StrongerTogether
#kitaJagaKita
#KitaMestiMenang
#KitaTeguhKitaMenang

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Perkembangan terkini #COVID19Malaysia pada 02 Mei 2020.Jumlah kes positif baharu pada hari ini adalah sebanyak 105…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Sabtu, 02 Mei 2020

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments