Monday, May 20, 2024
HomeBERITALebih 500,000 mohon kebenaran pulang

Lebih 500,000 mohon kebenaran pulang

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima lebih 500 ribu permohonan kebenaran pulang melalui aplikasi Gerak Malaysia.

Seperti yang diumumkan sebelum ini oleh Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob kebenaran pulang adalah bergantung kepada kelulusan pihak berkuasa berpandukan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bagi permohonan yang telah diluluskan, pihak PDRM akan menyediakan jadual pergerakan pulang kepada setiap pemohon yang dijangka bermula 7 Mei depan sehingga 10 Mei 2020.

Dato’ Seri Ismail Sabri berkata, segala maklumat terperinci mengenai pergerakan pulang seperti tarikh, masa dan sebagainya akan diumumkan dalam waktu terdekat oleh PDRM.

Justeru, rakyat khususnya kakitangan kerajaan diminta agar tidak membuat pergerakan pulang dengan tergesa-gesa oleh kerana kerajaan telah bersetuju untuk memberikan pengecualian kerja kepada mereka yang dikenakan bekerja pada Isnin depan.

‪Jadual pergerakan pulang ke rumah untuk bekerja dijangka bermula 7-10 Mei 2020.‬‪#MinDefMalaysia‬‪#COVID19 ‬

Dikirim oleh Kementerian Pertahanan Malaysia pada Sabtu, 02 Mei 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments