Kira-kira 575 rakyat Malaysia dari Australia, Afrika Selatan, Taiwan, India, Pakistan, Singapura, Qatar, Jepun, Belanda dan Korea Selatan telah selamat tiba di tanah air kelmarin (13 Jun).
Menerusi sidang media Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata seramai 573 individu telah diarahkan untuk menjalani proses kuarantin di rumah dan dua lagi dihantar ke hospital.
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan sejak 10 Jun sehingga kini, seramai 2,921 individu yang pulang dari luar negara telah disaring di semua pintu masuk negara.
Daripada jumlah itu, 10 individu didapati positif COVID-19 dan dibawa ke hospital untuk rawatan, manakala selebihnya menunjukkan keputusan negatif.
SIARAN LANGSUNG:SIDANG MEDIA (NON HEALTH) SELEPAS MESYUARAT KHAS MENTERI-MENTERI MENGENAI PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKANOLEH YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB, MENTERI KANAN PERTAHANAN.
Posted by Majlis Keselamatan Negara on Saturday, 13 June 2020
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply