Tuesday, July 16, 2024
HomeBERITAJunjung dan taat titah Yang di-Pertuan Agong, Menteri Luar Negeri janji usaha...

Junjung dan taat titah Yang di-Pertuan Agong, Menteri Luar Negeri janji usaha dan tindakan akan memihak rakyat Palestin

Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein menzahirkan rasa taat dan junjung titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menyeru seluruh rakyat Malaysia agar mendoakan kesejahteraan buat Palestin susulan penindasan yang dilakukan oleh rejim Israel.

Beliau yang juga Menteri Luar Negeri berkata, kerajaan khususnya Wisma Putra akan terus berkerjasama dengan negara-negara ahli Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan masyarakat antarabangsa bagi menentang pelan rejim Israel menakluki Palestin.

Dalam pada itu, beliau berpegang teguh terhadap pendirian untuk terus memastikan setiap usaha dan tindakan Wisma Putra berkait perkara ini akan berpihak kepada rakyat Palestin yang teraniaya.

“InsyaAllah, titah Tuanku agar rakyat jelata mendoakan kesejahteraan buat 🇵🇸 Palestin yang terus ditindas rejim Israel akan kami taati dan junjung sebaiknya.

“Menjunjung kasih juga atas perkenan Tuanku terhadap pendirian serta usaha Kerajaan khususnya Wisma Putra untuk terus bekerjasama dengan negara-negara ahli Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan masyarakat antarabangsa bagi menentang pelan rejim Israel yang terus mengancam mahu menakluki Palestin.

“Patik sebagai Menteri Luar Negeri akan terus memastikan setiap usaha dan tindakan Wisma Putra berkait perkara ini tetap memihak rakyat Palestin!,” tulis beliau di laman Facebook hari ini.

InsyaAllah, titah Tuanku agar rakyat jelata mendoakan kesejahteraan buat 🇵🇸 Palestin yang terus ditindas rejim Israel…

Posted by Hishammuddin Hussein on Sunday, 14 June 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments