Tuesday, May 21, 2024
HomeBERITA45 hotel bertaraf tiga bintang ke atas diwarta sebagai pusat kuarantin

45 hotel bertaraf tiga bintang ke atas diwarta sebagai pusat kuarantin

Menteri Kanan (Keselamatan), Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan sebanyak 45 buah hotel telah diwartakan oleh kerajaan sebagai pusat kuarantin.

Hotel bertaraf tiga bintang dan ke atas ini adalah digunakan untuk menempatkan rakyat Malaysia dan diplomat-diplomat asing yang baru pulang ke tanah air bagi menjalani proses kuarantin wajib.

Pembiayaan kerajaan adalah serata untuk semua bilik termasuk makan dan minum terhad kepada RM150 sehari, manakala kos-kos lain seperti perkhidmatan dobi dan sebagainya akan ditanggung sendiri oleh individu berkenaan.

Malah kata beliau, individu yang menjalani kuarantin tidak boleh memilih hotel lain yang tiada di dalam senarai 45 hotel yang telah disediakan bagi tujuan keselamatan dan pematuhan SOP yang telah ditetapkan kerajaan.

Jelas Menteri Pertahanan Malaysia lagi, mereka yang dikuarantin tidak dibenarkan keluar dari hotel serta ahli keluarga dan tetamu juga sama sekali dilarang membuat lawatan.

Sepanjang tempoh dikuarantin pasukan dan petugas khas akan sentiasa menjaga dan mengawal di semua pusat kuarantin yang telah diwartakan.

Dikirim oleh Ismail Sabri Yaakob pada Senin, 06 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments