Tuesday, June 11, 2024
HomeBERITABangunan Selangor Mansion dan Selangor Malayan Mansion disenarai kawasan PKPD

Bangunan Selangor Mansion dan Selangor Malayan Mansion disenarai kawasan PKPD

Bangunan Selangor Mansion dan Selangor Malayan Mansion di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur telah menjadi lokasi keempat sebagai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Arahan ini dibuat susulan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat 15 kes positif jangkitan COVID-19 dikesan di kedua-dua bangunan tersebut.

Pihak berkuasa telah membuat sekatan jalan keluar masuk di seluruh lokasi berkenaan dan arahan “lockdown” dikuatkuasakan serta merta kepada setiap penghuni kediaman dan premis perniagaan bangunan terbabit.

Sepanjang tempoh PKPD, aktiviti pengesanan kes dari unit ke unit akan dilaksanakan oleh petugas kesihatan sehingga proses pengesanan tamat.

PKPD yang melibatkan anggaran seramai 6,000 penghuni ini akan dikawal ketat oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Sebelum ini, tiga lokasi yang telah disenaraikan sebagai kawasan PKPD termasuklah di Simpang Renggam, Kluang Johor, Hulu Langat, Selangor dan Menara City One, Kuala Lumpur.

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN (PKPD) DI SELANGOR MANSION DAN MALAYAN MANSION, KUALA LUMPURKementerian…

Dikirim oleh Ismail Sabri Yaakob pada Selasa, 07 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments