Monday, October 21, 2024
HomeBERITAGelandangan dijaga dengan baik

Gelandangan dijaga dengan baik

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa sekali lagi turun padang ke Pusat Komuniti Sentul Perdana untuk memberikan sumbangan selimut kepada gelandangan yang telah ditempatkan sementara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Hari pertama penghuni diberi kelengkapan tilam dan bantal serta barang keperluan asas seperti sabun mandi, sabun cuci baju, ubat dan berus gigi, tuala mandi dan tuala wanita bagi kaum perempuan.

Tan Sri Annuar yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Wilayah Persekutuan bersama kerjasama semua pihak telah mengagihkan 500 helai selimut dan menyediakan “cubicles” atau khemah kecil supaya mereka berada dalam keadaan sempurna dan selesa.

Alhamdulillah di atas keprihatinan YB Menteri Wilayah Persekutuan, cubicles untuk gelandangan telah siap malam tadi….

Dikirim oleh Kementerian Wilayah Persekutuan pada Senin, 06 April 2020

Menurut beliau, para gelandangan ini dijaga dengan baik oleh pihak bertugas dan sepanjang mereka berada di transit ini akan diberikan makan enam kali sehari.

Dalam masa yang sama, mereka juga akan menjalani kegiatan mempersiapkan kesihatan diri dan sesi menggunting rambut supaya kelihatan lebih kemas dan rapi.

Kunjungan beliau turut ditemani oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Dato’ Nor Hisham dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Sosial Ekonomi) Kementerian Wilayah Persekutuan, Dato’ Wan Ahmad Uzir.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments