Thursday, July 11, 2024
HomeBERITA416 karton rokok seludup disembunyi dalam kereta dirampas

416 karton rokok seludup disembunyi dalam kereta dirampas

Sebanyak 416 karton rokok yang dianggarkan bernilai RM132,640, dirampas oleh Batalion 11 Pasukan Gerakan Am Kuching dalam satu operasi di Lundu semalam.

Bertindak atas maklumat dan risikan, operasi yang dijalankan oleh enam pegawai dan anggota diketuai Pegawai Gerakan Risikan Batalion 11 PGA pada jam 3.30 petang berdasarkan risikan dan maklumat yang diperoleh.

“Sebanyak 416 karton rokok kretek dan putih disyaki diseludup yang disembunyikan dijumpai di dalam dua buah kereta yang diletakkan di kawasan parking Penjaja Gading, Lundu.

Kami juga juga telah berjaya menahan seorang lelaki berusia 43 tahun yang mengaku sebagai pemilik kereta tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Pegawai Pemerintah Batalion 11 PGA Kuching, Supt Rosdi Inai mereka turut merampas dua kereta berkenaan yang bernilai RM70,000 dan percaya bahawa rokok yang dirampas itu diseludup dari negara jiran dan akan dipasarkan di pasaran tempatan.

“Kes diserah kepada pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Lundu untuk disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang boleh membawa hukuman denda minimum 10 kali nilai barang dan maksimum 20 kali nilai barang atau penjara tidak lebih tiga tahun jika sabit kesalahan,” katanya. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceBernama
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments