Sunday, May 12, 2024
HomeBERITA2 pelancong Sepanyol maut akibat kemalangan belon udara panas

2 pelancong Sepanyol maut akibat kemalangan belon udara panas

ANKARA, 18 Oktober – Dua pelancong Sepanyol maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan belon udara panas di Cappadocia, Turkiye hari ini.

Menurut pihak berkuasa tempatan belon udara panas milik syarikat swasta itu dilaporkan berlepas dari Zelve Ruins daerah Avanos dan membuat pendaratan cemas di wilayah Killik akibat cuaca tidak menentu.

Pejabat gabenor wilayah berkata dalam satu kenyataan, ketika kejadian belon udara itu membawa 28 penumpang dan dua kru.

Menurut siasatan awal, kemalangan berpunca akibat angin bertiup kencang secara tiba-tiba, lapor Xinhua memetik kenyataan itu.

Siasatan lanjut sedang dijalankan manakala mangsa yang cedera kini dirawat di hospital.

Cappadocia terkenal dengan belon udara panas dan menjadi destinasi pelancongan terkemuka buat pelawat domestik dan asing.

Destinasi ini menjadi antara lokasi yang membolehkan pengunjung menaiki belon udara panas hampir sepanjang tahun kerana cuaca ideal di rantau ini.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments