Saturday, July 13, 2024
HomeBERITA'Saya tidak boleh mendahului takdir' - Noh Omar

‘Saya tidak boleh mendahului takdir’ – Noh Omar

TANJONG KARANG, 18 Oktober – “Saya tidak boleh mendahului takdir dan menyerahkan kepada pucuk pimpinan untuk memutuskannya,”.

Demikian kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar ketika ditanya sama ada kekal bertanding di kerusi Parlimen Tanjong Karang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Jelas beliau sebelum ini tidak pernah bermimpi untuk mula menjadi calon sejak 1995.

“Saya berserah kepada takdir Allah SWT kerana akhirnya hanya satu nama sahaja akan menjadi calon.

“Jika saya jadi calon, jadi calonlah. Apa pun, kita tunggu nama yang akan diumumkan nanti,” katanya selepas majlis perasmian Seminar Pembangunan Kapasiti Kontraktor di Institut Pengurusan Peladang (IPP), di sini, hari ini.

Menjelaskan perkara itu, Noh, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor berkata, beliau sendiri tidak mengetahui sama ada menjadi calon atau sebaliknya.

“Insya-Allah. Lagipun di Selangor ini hanya saya seorang Ahli Parlimen BN. Segala-galanya terpulang kepada pucuk pimpinan parti.

“Saya sudah memberi khidmat terbaik kepada rakyat sepanjang enam penggal menjadi Ahli Parlimen,” katanya.

Untuk rekod, Noh merangkap Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi mempertahankan kerusi Parlimen Tanjong Karang sejak 1995 melalui PRU-9, PRU-10, PRU-11, PRU-12, PRU-13 dan PRU-14.

Pada PRU-14 lalu, Noh, calon UMNO-BN memperoleh majoriti 1,970 undi selepas menewaskan Zulkafperi Hanapi daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan calon PAS, Nor Az Azlan Ahmad.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments