Friday, July 19, 2024
HomeBERITA18 pegawai dan anggota PDRM tamat kursus asas sniper UTK

18 pegawai dan anggota PDRM tamat kursus asas sniper UTK

Langkawi, 17 Ogos 2022 – Seramai 18 pegawai kanan dan anggota dari pelbagai pangkat semalam melakar sejarah kerjaya masing-masing apabila berjaya menamatkan Kursus Asas Sniper Unit Tindakhas (UTK) Siri 1 bagi Tahun 2022.

Kesemua yang berjaya telah membuktikan diri mereka layak selepas menjalani latihan penuh mencabar selama hampir sebulan.

Kursus edisi kali ini turut disertai oleh dua orang Pegawai Rendah Polis dari E1 Cawangan Khas Bukit Aman.

Dalam majlis berkenaan, Koperal Zainal Azam Zainol Abidin dari UTK telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelatih Terbaik.

Penganugerahan sijil tamat kursus telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain di Langkawi International Shooting Range Malaysia.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Cawangan Khas E1, Bukit Aman, CP Datuk Samsudin Basir, Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM (Pasukan Gerakan Am) Bukit Aman, DCP Dato’ Muhammad Abdul Halim.

Turut hadir Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Kedah, SAC Alzafny Ahmad, Komander UTK, SAC Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi dan Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Samsulmuddin Sulaiman.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments