Tuesday, May 28, 2024
HomeBERITAMalaysia catat momentum pelaburan digital kukuh, raih RM7.2 Billion pada separuh pertama...

Malaysia catat momentum pelaburan digital kukuh, raih RM7.2 Billion pada separuh pertama 2022

PUTRAJAYA, 17 Ogos – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah berjaya menarik lebih RM7.2 bilion pelaburan pada separuh pertama 2022.

Menteri bertanggungjawab, Tan Sri Annuar Musa berkata selain pelaburan RM10.94 bilion pada 2021, menjadikan jumlah keseluruhan pelaburan sebanyak RM18.14 bilion.

Katanya, pelaburan itu terdiri daripada pelaburan digital langsung asing dan pelaburan digital langsung domestik yang dijangka mewujudkan hampir 10,000 peluang pekerjaan.

“Pencapaian berkenaan telah membuktikan negara kita berada pada kedudukan terbaik untuk mencapai sasaran pelaburan digital sebanyak RM70 bilion menjelang 2025, selaras dengan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL)” katanya pada sidang media di Putrajaya yang turut disiarkan secara maya hari ini

Pelaburan digital itu diperoleh daripada 53 syarikat yang berkembang pesat dan terkemuka dalam industri dari pelbagai negara termasuk Australia, China, Jepun, Singapura, Switzerland, Belanda, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Katanya majoriti daripada syarikat berkenaan terdiri daripada sektor perkhidmatan digital dan infrastruktur diikuti dengan syarikat daripada sektor kewangan.

Jelasnya sektor lain merangkumi bandar pintar (digital cities), perdagangan digital, kandungan digital dan perkhidmatan kesihatan secara digital.

Malaysia juga merupakan antara destinasi pelaburan digital. Syarikat seperti Aerodyne Group, Daythree Business Services Sdn. Bhd., CTOS Data Systems Sdn. Bhd., dan TMF Regional Delivery Centre Sdn. Bhd. adalah antara contoh syarikat yang melabur dan masih mengekalkan hak operasi di Malaysia.

MDEC yang juga Peneraju Agensi Promosi Pelaburan Digital (IPA) akan terus memacu pelaburan digital ke Malaysia menerusi inisiatif Malaysia Digital dan mengukuhkan kedudukan negara kita sebagai destinasi pelaburan digital utama di ASEAN.–THE MALAYA POST

Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments