12 langkah semasa jalani “self quarantine”

0

Kuarantin diri bermaksud mengasingkan diri bertujuan memutuskan rantaian jangkitan kepada orang lain.

Siapa yang perlu lakukan kuarantin diri?

Individu yang baru pulang dari luar negara dan kontak rapat kepada kes positif COVID-19.

Sila ambil langkah-langkah berikut semasa menjalani proses kuarantin:

1) Sentiasa berada dirumah dan pastikan anda boleh dihubungi setiap masa

2) Hadkan pelawat dan senaraikan pelawat yang menziarahi anda

3) Amalkan adab batuk yang betul tutup mulut dan hidung, gunakan tisu apabila batuk atau bersin

4) Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah bertutup dan cuci tangan serta merta

5) Kerap cuci tangan dengan air dan sabun

6) Elakkan perkongsian peralatan makanan dan penjagaan diri

7) Cuci peralatan makanan sebelum digunakan semula

8) Disinfeksi permukaan yang kerap disentuh

9) Buka tingkap untuk pengudaraan rumah yang baik

10) Jika bergejala, sentiasa memakai penutup mulut dan hidung

11) Tinggal di bilik berasingan serta jarakkan diri satu meter

12) Dapatkan rawatan segera di fasiliti terdekat

Kuarantin diri bermaksud mengasingkan diri bagi memutuskan jangkitan kepada orang lain.

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Kamis, 02 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply