Sunday, May 26, 2024
HomeBERITAJangan halang dan maki hamun pihak polis

Jangan halang dan maki hamun pihak polis

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob menasihati orang ramai agar memberi kerjasama sebaik mungkin kepada pihak berkuasa jika ditahan ketika di dalam satu operasi sekatan jalan raya.

Dilarang sama sekali untuk menghalang tugas dan memaki hamun pihak polis atau melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan.

Ini kerana fasa kedua penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihak polis tidak lagi menggunakan pendekatan menasihati tetapi ianya telah memasuki “mod” kekerasan.

Pihak polis tidak akan berkompromi terhadap individu yang berdegil dan hukuman penjara serta denda akan dikenakan.

“Apa yang dilakukan pihak polis tidak lain tidak bukan untuk menjaga keselamatan dan nyawa rakyat di negara ini.

“Pihak polis melakukan ini adalah untuk membantu kita semua, jadi, berilah kerjasama kepada pihak polis yang menjalankan tugas mereka,” ujar beliau.

Jangan menghalang dan memaki hamun pihak polis yang bertugas kerana akhirnya tindakan lain akan dikenakan.Apa yang…

Dikirim oleh Ismail Sabri Yaakob pada Minggu, 05 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments