113 rakyat Malaysia dari Oman telah selamat pulang ke tanah air dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam (16 Julai) jam 12.55 malam.
Memetik kenyataan media, Kementerian Luar Negeri, Dato’ Seri Hishamuddin Hussein berkata kumpulan terbabit termasuklah 54 rakyat yang pernah menyuarakan permasalahan mereka menerusi laman media sosial beberapa minggu lalu akibat kehilangan punca pendapatan selama hampir empat bulan terkandas di negara berkenaan.
Menerusi usaha penghantaran pulang, Kementerian Luar Negeri menzahirkan penghargaan terhadap Kerajaan Kesultanan Oman kerana telah memudahcara kepulangan rakyat Malaysia menerusi penerbangan sewaan khas Malindo Air.
“Kepulangan mereka telah dimudahcara oleh Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Oman dengan kos pembiayaan tiket ditanggung sepenuhnya secara persendirian oleh para penumpang.
“Perwakilan-Perwakilan Malaysia di luar negara akan meneruskan pemantauan situasi semasa serta bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dalam usaha memberi bantuan sewajarnya kepada rakyat Malaysia yang terkesan dengan pandemik COVID-19,” ujar kenyataan terbabit.
Dikirim oleh Wisma Putra pada Kamis, 16 Juli 2020
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
Leave a Reply