Sehingga 15 Julai, 314,844 permohonan untuk Program Subsidi Upah (PSU) daripada majikan telah diluluskan.
Permohonan PSU di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) diramalkan dapat membantu kira-kira 2.66 juta pekerja di seluruh negara.
Ketua Eksekutif PERKESO, Dato’ Sri Dr Mohammed Azman berkata permohonan selebihnya masih dalam tindakan, manakala permohonan yang tidak memenuhi syarat akan ditolak.
“Kebanyakan aduan majikan yang saya diterima adalah berkenaan bayaran subsidi yang masih belum dikreditkan ke dalam akaun syarikat.
“Justeru, majikan yang masih belum menerima subsidi upag boleh terus menghubungi saya melalui email ceo@perkeso.gov.my.
“Sebagai sebuah organisasi yang prihatin, PERKESO mengambil berat kesulitan yang dihadapi majikan maka kami di PERKESO akan memastikan semua majikan yang layak akan menerima bantuan subsidi,” kata beliau.
Sehingga 15 Julai 2020, sebanyak 314,844 permohonan untuk Program Subsidi Upah (PSU) daripada majikan telah diluluskan….
Dikirim oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial pada Kamis, 16 Juli 2020
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply