Kira-kira 6.2 juta pengguna telah memuat turun dan mengaktifkan aplikasi MySejahtera sejak mula dilancarkan April lalu.
254,833 premis perniagaan juga telah mendaftar melalui aplikasi MySejahtera.
Walaubagaimanapun, masih terdapat premis perniagaan yg tidak menyediakan QR Code MySejahtera dan hanya menyediakan QR Code aplikasi yang dibangunkan pihak lain.
Namun kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk menyekat pengguna dari menggunakan aplikasi lain.
Demi keselamatan bersama, pihak kerajaan menyarankan dan menggesa pengusaha perniagaan mendaftar melalui aplikasi MySejahtera bagi memudahkan usaha membendung wabak COVID-19.
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply