Saturday, May 18, 2024
HomeBERITACOVID-19 : 107 yang dikuarantin telah dibenar pulang, seorang masih terima rawatan...

COVID-19 : 107 yang dikuarantin telah dibenar pulang, seorang masih terima rawatan kerana masalah kesihatan

Rakyat Malaysia yang dibawa pulang melalui Misi Bantuan Kemanusiaan Wuhan telah dibenarkan pulang siang tadi.

Sejumlah 107 rakyat Malaysia yang dikuarantin di Pusat Pengawasan di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) selama dua minggu disahkan negatif COVID-19.

Bagaimanapun, seorang daripada mereka masih menerima rawatan di wad kerana mengalami isu kesihatan lain.

Mereka yang dibenarkan pulang hari ini termasuk dua kes sebelum ini positif COVID-19 juga telah sembuh dan dicaj dari Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Jumlah keseluruhan kes yang telah discaj adalah seramai 11 orang dan 11 kes lagi masih dirawat.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceKKM
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments