Friday, July 19, 2024
HomeBERITAPermohonan celah cabar keperlembagaan sekolah vernakular ditetapkan 9 Mac

Permohonan celah cabar keperlembagaan sekolah vernakular ditetapkan 9 Mac

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 9 Mac depan bagi mendengar permohonan pencelahan dua pertubuhan NGO, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (Mappim) yang mencabar kesahihan sekolah vernakular.

Pada tarikh yang sama, mahkamah turut mendengar permohonan penggantungan oleh Peguam Negara  bagi memberi fokus kepada kes yang dikendalikan mereka ketika ini.

Peguam terkemuka yang juga peguam utama kes berkenaan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata dengan penglibatan kesemua pihak yang terbabit, jika dapat melepasi keperluan prinsip pencelahan kelak, ianya adalah diharapkan isu keperlembagaan berkaitan sekolah vernakular ini dapat diselesaikan di medan mahkamah dengan baik dan secara sihat.

“Ini adalah supaya perkara yang menjadi antara sebab yang mewujudkan kemelut perpaduan negara ini dapat diselesaikan melalui KEPUTUSAN MAHKAMAH secara muktamad dan sekaligus kelak,” tulis Haniff Khatri di laman Facebook milik

Terdahulu, peguam yang mewakili dua pertubuhan NGO, iaitu Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) telah memfailkan satu tindakan guaman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 16 Disember tahun lalu, memohon penganugerahan pengisytiharan dan deklarasi antara lain bahawa;

(a) kewujudan sekolah-sekolah vernakular yang menggunakan bahasa pengantar Cina dan Tamil sebagai melanggar Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan yang mentakrifkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, yang sepatutnya menjadi bahasa pengantar di kesemua sekolah,

(b) peruntukan Seksyen 2, 18 dan 27 di bawah AKTA PENDIDIKAN 1996 yang kononnya membolehkan penubuhan sekolah vernakular sebagai tidak sah di sisi Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan, dan

(c) Kementerian Pendidikan dan Kerajaan Malaysia wajib mengambil langkah-langkah untuk memastikan sekolah vernakular mematuhi Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan dalam tempoh enam tahun dari tarikh keputusan Mahkamah.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments