Friday, July 19, 2024
HomeBERITA434,742 paket Energy Candy dirampas, disyaki mengandungi racun berjadual Tadalafil

434,742 paket Energy Candy dirampas, disyaki mengandungi racun berjadual Tadalafil

Operasi penguatkuasaan produk Energy Candy yang disyaki mengandungi bahan terlarang telah dijalankan di seluruh negara bagi memastikan produk itu tidak dijual di pasaran.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sejumlah 434,742 paket produk ExtrAli Energy Candy, Extra Strong Energy Candy dan Mixed Fruit Candy mengandungi racun berjadual Tadalafil telah dirampas.

“Produk yang disita di 160 premis pemborong, pengedar dan peruncit di anggarkan bernilai sebanyak RM131,340.70.

“Arahan larangan penjualan juga telah dikeluarkan kepada peniaga atas talian di semua platform e-dagang,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan kepada individu yang masih menyimpan stok produk ini agar menghentikan pengedaran dan penjualan termasuk penjualan atas talian.

Oleh kerana jika disabit kesalahan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983 denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceKKM
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments