Saturday, May 25, 2024
HomeBERITA10 juta topeng muka diagihkan secara berperingkat kepada petugas barisan hadapan

10 juta topeng muka diagihkan secara berperingkat kepada petugas barisan hadapan

10 juta topeng muka akan diagihkan kepada semua kementerian yang terlibat dengan Essential Service terutamanya kepada petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Imigresen.

Topeng muka berkenaan akan dibawa secara berperingkat dan diagihkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Bantuan berkenaan diputuskan selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 2020 dan diumumkan oleh Menteri Kanan Kerja Raya, Dato’ Seri Fadillah Yusof pada sidang media khas COVID-19.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments