Bermacam-macam ragam masyarakat di seluruh dunia dapat kita lihat terutama dalam tempoh kawalan pergerakan yang memerlukan semua orang awam berada di dalam rumah.
Ada yang menunjukkan bakat memasak, ada pula hanya asyik makan dan tidur sahaja.
Malah ada yang menggunakan waktu terluang dengan menonton televisyen dan bermain games.
Ada juga asyik bertik tok!
Berbeza dengan seorang pemuzik melepaskan perasaan dengan memperdengarkan alunan lagu kegemaran.
Apa yang menariknya, mereka turut menjamu halwa telinga jiran tetangga.
Kelihatan seorang pemain piano menghiburkan jiran-jiran dengan lagu “My Heart Will Go On,”
Tak lama selepas tu, jiran yang lain pula tumpang sekaki bermain “saxophone”.
Hiburkan diri di kala Covid-19 merebak
Dari atas bangunan tinggi ketika melalui perintah larangan pergerakan akibat Covid-19, di Barcelona, seorang pemain piano hiburkan jiran-jirannya dengan lagu "My Heart Will Go On,"Tak lama lepas tu, jiran sebelah pula join main saxophone semua orang di sekeliling terhibur dan beri tepukan gemuruh.
Dikirim oleh MiLo SuaM pada Rabu, 18 Maret 2020
Kelihatan semua orang di sekeliling terhibur dan memberi tepukan gemuruh.
Memang sporting masyarakat Barcelona!
Agaknya, kalau dipraktikkan di Malaysia, jiran jiran akan ketawakan mereka atau kena baling dengan kasut?
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply