Tuesday, July 16, 2024
HomeBERITATindakan tegas ke atas pelaku pembakaran terbuka

Tindakan tegas ke atas pelaku pembakaran terbuka

Pihak Kementerian Alam Sekitar telah mengeluarkan larangan pembakaran terbuka.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) memaklumkan bahawa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan disebabkan wabak Covid-19, ditambah dengan cuaca panas dan kering ketika ini, orang ramai adalah dilarang melakukan pembakaran secara terbuka.

Mereka yang ingkar akan disabitkan kesalahan melakukan pembakaran terbuka dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 29(A) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Kompaun maksimum sebanyak RM2,000 juga boleh dikenakan atas setiap kesalahan.

JAS akan terus membuat rondaan harian ke kawasan yang berisiko tinggi berlakunya insiden pencemaran (hotspot) walaupun negara sedang di dalam situasi kawalan pergerakan dan jabatan berkenaan juga memaklumkan bahawa dalam tempoh bekerja dari rumah ini, stesen pengawasan kualiti udara beroperasi seperti biasa.

Info Data Indeks Pencemar Udara (IPU) boleh dilihat dan didapati melalui laman sesawang JAS iaitu;

http://apims.doe.gov.my/v2/

Atau boleh memuat turun aplikasi telefon pintar rasmi MyIPU di Android Google Play dan Apple App store.

Indeks Pencemar Udara (IPU) yang direkodkan di laman web JAS pada jam 1 petang hari ini menunjukkan 18 kawasan mencatatkan status kualiti udara pada tahap baik dimana 50 kawasan mencatatkan status kualiti udara pada tahap sederhana dan tiada kawasan mencatatkan bacaan status kualiti udara pada tahap tidak sihat.

Orang ramai juga diminta memberi bekerjasama untuk memadam kebakaran-kebakaran kecil dan juga melaporkan kes-kes pembakaran terbuka kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) di talian bebas tol, 1-800-88-2727.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments