Monday, May 20, 2024
HomeBERITAZizan Razak dan orang awam bantu kejutkan pemandu terlelap selama 30 minit...

Zizan Razak dan orang awam bantu kejutkan pemandu terlelap selama 30 minit di Jalan Sungai Pinang

Pelawak, pelakon dan penyanyi, Zizan Razak berkongsi pengalaman membantu mengejutkan seorang pemandu berbangsa Cina yang terlelap di dalam kereta.

Ketika kejadian, Zizan bersama team ZRFF dalam perjalanan ke tempat kerja dan melalui jalan berkenaan.

Pelik dengan keadaan lelaki berkenaan, Zizan bersama beberapa individu lain yang turut berada di tempat kejadian cuba mengejutkan lelaki itu namun gagal.

Khuatir sesuatu perkara buruk menimpa lelaki itu akhirnya mereka terpaksa memecahkan tingkap belakang kereta berkenaan bagi mengejutnya.

Pemandu lelaki berbangsa Cina itu terlelap kira-kira 30 minit di lampu isyarat, Jalan Sungai Pinang ke Persiaran Karpal Singh, Pulau Pinang.

Zizan membuat perkongsian pengalaman dan memuat naik video di laman Instagramnya memberitahu kemungkinan pemandu berkenaan terlalu penat sehingga tertidur.

Dalam pada itu, Zizan turut menasihati para peminat agar berehat secukupnya dan tidak kerja  melebihi masa untuk menghindari kejadian yang tidak diingini berlaku.

Sikap tolong-menolong dan kerjasama semua pihak turut mendapat pujian dari netizen yang memberi komen di laman Instagram Zizan Razak.

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments