Friday, October 4, 2024
HomeBERITAApa sudah jadi, Aliff Aziz buat hal lagi???

Apa sudah jadi, Aliff Aziz buat hal lagi???

Sebelum ini dunia hiburan tanahair digemparkan mengenai kes curang penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz.

Belum reda dengan kontroversi berkenaan, terbaru, melalui akaun Twitter @joannemmy1 menulis “If you think Aliff Aziz changed, please rethink again”.

Pemenang tempat kedua Miss Malaysia Kebaya Pahang 2019 yang dikenali sebagai Christine Joanne mendedahkan sikap dan perangai Aliff Aziz yang tidak penah berubah.

Menurutnya, perkenalan dia dan Aliff bermula  sebulan yang lalu melalui media sosial, Instagram.

Hubungan itu menjadi rapat setelah masing-masing sering berhubung dan saling berkongsi masalah.

joannemmy (@joannemmy1) Tweeted:
If you think aliff aziz changed, pls rethink again.

I’m saying this so that other girls may not be his victim of his own selfishness.
.
.
.
A THREAD. https://twitter.com/joannemmy1/status/1177133240273928192?s=17

Tambahnya, Aliff pernah meluahkan perasaan sayang terhadap Joanne dan menginginkan hubungan itu terjalin serius selepas melihat bekas isterinya Bella telah ‘move on’ dengan kehidupan barunya.

Namun setelah Bella berhubung kembali dengan Aliff dan memaklumkan kepadanya bahawa dia dan anak sulung mereka, Ayden akan datang melawat di Singapura Aliff terus bertindak ‘block’ Joanne di aplikasi Whatsapp.

Bagi Joanne, tindakan Aliff ibarat melayannya seperti sampah, bila perlu dicari dan dibuang sesuka hati.

Tujuan Joanne berkongsi pengalamannya selama mengenali Aliff bertujuan untuk memberitahu bagaimana sikap sebenar Aliff Aziz supaya wanita di luar sana tidak mudah terpedaya dengan penyanyi berkenaan.

Joanne menegaskan wanita tidak patut ditipu dan dipergunakan.

Untuk rekod, Aliff Aziz dan Bella Astillah telah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 16 Mei yang lalu.

Selepas perceraian itu, Aliff menzahirkan kekesalannya dan memohon maaf terhadap bekas isterinya, Bella Astillah yg kini mula berjinak-jinak dengan dunia seni.

Jika betul seperti yang didakwa, ia seolah-olah membenarkan orang ramai berfikiran negatif terhadapnya seterusnya tidak menafikan “Once a cheater, will be a cheater for the rest of their life”.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments