Saturday, July 13, 2024
HomeBERITAZila Bakarin mula berhijab, mohon doa peminat agar dia istiqomah

Zila Bakarin mula berhijab, mohon doa peminat agar dia istiqomah

Pasti ramai mengenali dramatis Zila Bakarin yang terkenal dengan imej seksi dan menggoda.

Terkini, pelakon versatile ini mula berkongsi gambarnya yang kelihatan sopan dan manis bertudung.

Ketika disoal mengenai pemakaian tudung oleh peminat di ruangan komen Instagram miliknya, Zila tanpa berlengah menjawab pertanyaan peminatnya dengan baik.

“Oh masa jd mak Baizura cerita Amna tu sis da bertudung la ya… Cantiknyaaaa”, soal salah seorang peminatnya.

Menurut Zila, ketika itu dia belum lagi memakai tudung dan penggambaran drama terbabit bermula pada awal tahun lalu.

Zila Bakarin memberitahu, dia baru sahaja memakai tudung sebulan yang lalu. Malah Zila turut meminta para peminat mendoakan agar penampilan terbarunya itu berkekalan dan dia terus istiqomah berhijab.

Para peminatnya membanjiri ruangan komen laman sosial pelakon berkenaan dan memuji kecantikannya berhijab.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments