Thursday, November 19, 2026
HomeBERITAZambry Kadir zahir penghargaan khas kepada warga KPT, seru usaha berterusan ke...

Zambry Kadir zahir penghargaan khas kepada warga KPT, seru usaha berterusan ke Arah kecemerlangan 2025

PUTRAJAYA, 4 Januari 2025 – Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) atas komitmen dan semangat kerja berpasukan yang ditunjukkan sepanjang tahun 2024.

Ucapan itu disampaikan selepas mengikuti Majlis Amanat dan Perjumpaan Perdana Menteri secara maya pagi Jumaat.

Menurut Zambry, kejayaan KPT pada tahun lalu tidak mungkin dapat dicapai tanpa kerjasama erat serta dedikasi padu daripada setiap lapisan kakitangan kementerian.

Beliau menegaskan bahawa setiap usaha yang telah dilaksanakan membawa makna besar kepada pembangunan sektor pendidikan tinggi negara.

“Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua warga KPT atas usaha gigih anda semua sepanjang tahun 2024. Kita telah melalui banyak cabaran bersama, dan hasil kerja keras itu, kita berjaya mencapai kecemerlangan yang membanggakan. Namun, ini hanyalah permulaan. Tahun 2025 menuntut usaha yang lebih gigih untuk memastikan kita terus bergerak maju,” ujar Zambry dengan penuh semangat.

Beliau turut menyeru agar semua warga KPT menjadikan tahun baharu ini sebagai peluang untuk memperbaiki segala kelemahan, mengukuhkan kekuatan, dan terus memberi khidmat terbaik kepada negara.

“Kita perlu terus melangkah ke hadapan, memastikan ekosistem pendidikan tinggi negara sentiasa berkembang maju dan memberikan impak positif kepada setiap pemegang taruh di bawah KPT,” tambahnya lagi.

Zambry turut menekankan bahawa kejayaan sesebuah organisasi tidak hanya bergantung kepada arahan pihak atasan, tetapi juga kepada sokongan padu dan idea bernas daripada setiap peringkat kakitangan.

Beliau menyeru agar budaya kerja inklusif diterapkan sepenuhnya dalam setiap perancangan dan pelaksanaan di KPT.

“Saya percaya, dengan semangat berpasukan yang kukuh serta kesediaan kita untuk mendengar dan bertindak berdasarkan maklum balas semua pihak, kita mampu mencapai lebih banyak kejayaan pada tahun ini,” katanya, menyeru semua warga KPT untuk mengekalkan momentum kecemerlangan.

Dalam pada itu, Zambry memaklumkan bahawa beliau akan menyampaikan amanat khas tahunan pada 9 Januari 2025 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor, yang bakal menggariskan aspirasi kementerian untuk tahun mendatang.

Ucapan tahunan ini akan memfokuskan kepada langkah strategik bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan, memacu inovasi, dan memperkasakan pendidikan tinggi negara.

“Banyak perkara yang telah kita laksanakan, dan lebih banyak lagi yang perlu kita usahakan. Saya yakin, dengan azam dan tekad baharu, kita mampu mencapai visi dan misi kementerian,” ujarnya penuh optimis.

Bagi meraikan permulaan tahun baharu, Zambry turut menjamu warga KPT dengan hidangan Nasi Vanggey yang dibawa khas dari Ipoh.

Suasana ceria menyelubungi majlis santapan tersebut, yang turut dihadiri oleh pengurusan tertinggi kementerian serta para naib canselor dan pengarah politeknik.

“Jamuan ini adalah simbolik penghargaan saya kepada anda semua. Semoga dengan semangat baharu ini, kita dapat terus melakar kejayaan pada tahun 2025,” katanya, sambil mengingatkan semua untuk terus mengekalkan semangat kerja berpasukan yang tinggi.

Zambry turut mengadakan pertemuan ringkas bersama pengurusan tertinggi KPT dan semua naib canselor universiti awam serta pengarah politeknik untuk membincangkan pelan strategik kementerian bagi tahun 2025.

Dengan penghargaan tinggi yang diberikan dan aspirasi besar yang digariskan, warga KPT kini bersedia untuk melangkah ke tahun baharu dengan tekad memperkasa pendidikan tinggi negara seiring dengan aspirasi Malaysia Madani.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments