Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) hari ini mengumumkan dua pelantikan baharu bagi jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
Zakaria Abdul Hamid dilantik sebagai Pengerusi FINAS bagi menggantikan Dato’ Gerald Hans Isaac yang telah berkhidmat sejak April 2019.
Untuk rekod, beliau memiliki sijil pendidikan jurusan Sarjana Perancangan Bandar, California State University, Amerika Syarikat serta dikenali sebagai seorang ahli perniagaan dan aktivitis masyarakat.
Manakala, Dato’ Norman Abdul Halim yang dilantik sebagai Timbalan Pengerusi sebelum ini pernah menyandang jawatan sebagai Presiden Yayasan KRU.
Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam industri media hiburan di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Sejajar dengan pelantikan yang telah berkuatkuasa semalam (23 Mei 2020), KKMM yakin kedua-dua mereka dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan berusaha untuk membangunkan lagi FINAS.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply