‘Malang di Hari Raya’
Dalam kemeriahan dan keseronokan menyambut 1 Syawal, timbul pula tragedi yang tidak diingini berlaku di hari mulia ini.
Menerusi perkongsian laman Facebook ‘Viral Hari Ini’, satu kemalangan jalan raya berlaku petang hari ini melibatkan sebuah kereta Perodua Viva.
Menurut info, kejadian berlaku di sekitar Kampung Gong Pipit, Kuala Terengganu dan dipercayai kereta berkenaan mengalami kerosakan yang agak teruk.
Walau bagaimanapun, mangsa dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami kecederaan parah.
Apa-apa pun, bagi semua yang sedang seronok menyambut hari raya, berhati-hatilah ketika memandu di jalan raya dan utamakan keselamatan diri khususnya.
"Malang di hari raya" smoga owner tabahLokasi gong pipit,Gelugor, K.Trg…. berhati hati lah memandu. Mangsa di katakan selamat. Kereta teruk sikit.
Dikirim oleh Viral Hari Ini pada Sabtu, 23 Mei 2020
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply