Tuesday, July 16, 2024
HomeBERITAYang di-Pertuan Agong kongsi pengalaman tugas

Yang di-Pertuan Agong kongsi pengalaman tugas

Tugas dan pengalaman yang dilalui dan digalas oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah disifatkan suatu perkara yang sukar dan mencabar

Dalam usaha menyatukan rakyat negara ini yang berbilang kaum dan mempunyai pandangan serta pemikiran yang pelbagai, ianya adalah satu amanah serta tanggungjawab yang dipikul itu amat berat, titah baginda.

“Saya rasa agak begitu berat bahu dipikul dan tanggungjawab besar, kalau setakat jadi Sultan (Pahang) mungkin saya boleh memahami tugas-tugasnya tetapi apabila dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong memang satu suasana yang berlainan, banyak perkara saya tidak tahu, terpaksa saya ambil tahu.

Tambah baginda, baginda tidak menyangka bahawa baginda harus membaca serta menandatangani pelbagai kertas kerajaan dan juga watikah yang mana ianya sebahagian dari tugas.

Tambah Seri Paduka lagi, baginda akan terus berusaha menyatukan setiap daripada rakyat di Malaysia dan selagi masih dikurniakan kudrat, baginda akan cuba untuk terus mendampingi rakyat dan memberikan segala bantuan yang diperlukan.

Seri Paduka bertitah demikian pada Majlis Kesyukuran Sempena Setahun Menaiki Takhta Sebagai Sultan dan Raja Pemerintah Negeri Pahang pada 15 Januari ini di Istana Negara.

Tambah Al-Sultan Abdullah, baginda turut berharap semua pihak dapat memberi nasihat sewajarnya terutama dalam usaha menjaga kehormatan institusi diraja yang berfungsi sebagai pelindung kepada semua kaum di negara ini.-THE MALAYA POST

Laporan oleh Liana Mohd Wazir untuk The Malaya Post.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments