Saturday, May 25, 2024
HomeBERITAKang Gary kembali beraksi bersama anak dalam rancangan realiti “ The Return...

Kang Gary kembali beraksi bersama anak dalam rancangan realiti “ The Return Of Superman”

Bekas bintang Running Man, Kang Gary bakal kembali membuat penampilan pertamanya di kaca televisyen setelah empat tahun meninggalkan rancangan realiti itu.

Kang Gary atau nama aslinya Kang Hee-gun dilaporkan akan menyertai sebuah rancangan realiti popular “The Return Of Superman” bersama anaknya, Kang Ha Oh.

“The Return Of Superman” merupakan rancangan realiti dimana seorang bapa ditugaskan untuk menjaga dan meluangkan masa bersama anak mereka selama 48 jam tanpa bantuan si isteri.

Dikhabarkan episod pertama Kang Gary dan anaknya akan ditayangkan pada Februari nanti.

Berikutan berita yang tular ini pasti sahaja membuatkan peminat Korea Selatan mahupun di Malaysia merasa teruja dan tidak sabar menanti kemunculan penyanyi rap itu beraksi di kaca Tv.

Terdahulu, Gary meninggalkan program “Running Man” pada Oktober 2016 dan menumpukan sepenuhnya terhadap kerjaya muziknya.

Pada April 2017, selebriti ini mendedahkan berita mengenai perkahwinannya bersama seorang wanita bukan selebriti di media sosial.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Kang Ha Oh yang kini berusia 2 tahun 2 bulan.

Kang Ha Oh dikatakan turut memiliki bakat yang sama seperti bapanya meminati dunia muzik dan suka menyanyi. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments