Thursday, July 18, 2024
HomeBERITAYang di-Pertuan Agong jamu petugas media

Yang di-Pertuan Agong jamu petugas media

Terkenal dengan sikap dan sifat merendah diri serta berjiwa rakyat kerana sering bersama rakyat, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pastinya menjadi raja kesayangan para rakyatnya.

Terkini, Yang di-Pertuan Agong telah menjamu para petugas media dengan membekalkan set ayam KFC.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1362113413996304&id=881376888736628&sfnsn=mo

Perkongsian petugas media dari penyiaran Al-Hijrah, tular foto yang memaparkan pihak istana menjamu KFC kepada semua petugas media yang berkampung di perkarangan istana negara sejak pagi tadi berhubung isu pembentukan kerajaan baharu dan beberapa perkara penting berlaku dlm negara.

“Terima kasih team istana bagi kfc! Hargai dan perihatin dengan kami para pengamal media!” tulis petugas media yang dikenali sebagai Zayim.

Kelihatan juga Yang di-Pertuan Agong tersenyum mesra di samping para pegawai dan juga semua petugas media.

DAULAT TUANKU!

– THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments