Tuesday, May 21, 2024
HomeBERITATun Dr Mahathir Mohamad negarawan budiman telah tunai janji bersama PH -...

Tun Dr Mahathir Mohamad negarawan budiman telah tunai janji bersama PH – Haniff Khatri

Berikutan perletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ketujuh pada petang ini (24 Februari 2020) telah mengejutkan rakyat Malaysia.

Tidak lama kemudian, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mengatur langkah drastik apabila turut mengumumkan perletakan jawatan sebagai Pengerusi Parti Bersatu.

Keputusan tidak terjangka ini dilihat sebagai tsunami politik sekaligus landskap politik negara dijangka berubah dan pelbagai teori serta khabar angin diramal dalam tempoh waktu terdekat.

Peguam Kanan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla tampil dan turut menyatakan pendapat beliau tentang senario yang berlaku dalam negara.

Haniff Khatri dalam satu perkongsian di laman Facebook miliknya berkata Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai negarawan budiman telah menunaikan janji bersama Pakatan Harapan (PH) dengan mengutuskan surat perletakan jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Banyak sangat yang dilaungkan oleh pelbagai pihak, dengan serta merta selepas sahaja PRU – 14 pada 09.05.2018, tentang Manifesto Pakatan Harapan yang memberi mandat kepada Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Ke-7 untuk satu tempoh sementara sahaja, dan perlu disusuli dengan tanggungjawab Tun Dr Mahathir untuk menamatkan mandat itu apabila tiba masanya.

“Pada hari ini, Isnin, 24.02.2020 jam 1 petang, Tun Dr Mahathir sebagai seorang negarawan budiman telah menunaikan janji mandat di bawah Pakatan Harapan dengan mengutuskan surat perletakan jawatan sebagai Perdana Menteri Ke-7 kepada kebawah Duli YDP Agong.

“Hatta, Tun Dr Mahathir telah langsaikan tanggungjawabnya di bawah mandat Pakatan Harapan dengan kejujuran dan keikhlasan tertinggi, yakni janji telah dikota!,” tulis Haniff Khatri.

Beliau memberitahu dengan perletakan jawatan ini terserah kepada semua pihak lain dalam politik negara untuk melaksanakan kejujuran dan keikhlasan yang sama kepada rakyat Malaysia.

Namun, beliau turut bertanya adakah mereka yang lain boleh menzahirkan keikhlasan dan kejujuran yang sama?

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments