WTCKL dinobat “Nation’s pride brand of the year, Pengarah Urusan Kumpulannya rangkul anugerah BrandLeadership Award” 2022

0

WTCKL rangkul anugerah “Nation’s Pride Brand of the year”.

Manakala Pengarah Urusan Kumpulan World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim telah memenangi “BrandLeadership Award” 2022.

Menurut kenyataan media WTCKL, penganugerah itu diterima pada 8 Disember lalu.

Menurut kenyataan itu, pemilihan antara lain menjurus kepada pencapaian Dr Irmohizam dalam memainkan peranan dan menyumbang secara signifikan kepada pengembangan dan kejayaan Industri Acara Perniagaan (BE) di Malaysia.

Untuk rekod Dr Irmohizam yang juga Protem Presiden Majlis Acara Perniagaan Malaysia (BECM), juga diiktiraf atas usaha berterusan beliau untuk memperjuangkan ekonomi acara perniagaan di peringkat domestik dan antarabangsa sebagai Pengerusi Persidangan dan Pameran di World Trade Centers Association (WTCA) yang berpusat di New York.

Dr Irmohizam mengambil alih WTCKL pada 2018, dan pada 2019 beliau mengetuai latihan penjenamaan semula berskala besar yang menggabungkan Garis Panduan
Jenama Standard WTCA.

“Sebagai Protem Presiden BECM, saya menggunakan pengalaman luas saya bersama-sama dengan bantuan daripada Biro Konvensyen & Pameran Malaysia (MyCEB) dan pemain
industri, untuk mewujudkan Piawaian Acara Perniagaan di Malaysia.

“Ini memastikan tahap profesionalisme, pematuhan dan piawaian dalam industri kini berada di bawah bidang kuasa Jabatan Standard Malaysia (JSM). Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang mempunyai Piawaian Acara Perniagaan rasmi,” katanya kepada The Malaya Post.

WTCKL, sebuah pusat konvensyen mercu tanda Kuala Lumpur, yang penuh dengan sejarah
dan terkenal dengan kepelbagaian acaranya.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply