MCMC keluarkan kompaun bernilai RM4,696,000.00 atas pelbagai kesalahan sepanjang tahun ini

0

CYBERJAYA, 13 Disember 2022 — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengeluarkan sebanyak 112 kompaun yang bernilai RM4,696,000.00 sepanjang tahun 2022
melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (“AKM”) 1998 serta perundangan subsidiari di bawah akta itu.

Daripada jumlah berkenaan, 106 kompaun telah dikeluarkan terhadap pemegang lesen MCMC mencakupi 53 kompaun bagi kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Penomboran) 2016 iaitu kegagalan mematuhi rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik.

Selain itu, 27 kompaun bagi kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Pemberian Perkhidmatan Sejagat) 2002 manakala 17 kompaun bagi kesalahan di bawah Seksyen 105 (3) AKM 1998 iaitu kegagalan mematuhi standard mandatori.

Ia termasuk Lima (5) kompaun bagi kesalahan di bawah Seksyen 242 AKM 1998 iaitu kegagalan mematuhi syarat-syarat lesen, dua (2) kompaun bagi kesalahan di bawah Seksyen 127 AKM 1998 iaitu kegagalan mematuhi Guidelines on Registration of End-Users of Prepaid Public Cellular Services dan dua (2) kompaun bagi kesalahan di bawah Seksyen 126 AKM 1998 iaitu menawarkan perkhidmatan tanpa lesen.

Dalam perkembangan sama pihak MCMC turut mengeluarkan enam (6) kompaun terhadap
pihak bukan pemegang lesen.

Ia termasuk lima (5) kompaun bagi kesalahan di bawah Peraturan 16 (1)(b) Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard
Teknik) 2000 iaitu menggunakan kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui dan satu (1) kompaun bagi kesalahan di bawah Seksyen 235 AKM 1998 iaitu menyebabkan kerosakan kepada kemudahan rangkaian.

Menurut kenyataan Jabatan Komunikasi Korporat MCMC, tindakan yang telah diambil ini bertujuan untuk memastikan semua pihak khususnya pemegang lesen agar lebih bertanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan yang bermutu kepada pengguna.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply