Monday, June 17, 2024
HomePOLITIK"Work from home", MB Peja kelihatan santai mengenakan T-shirt, sempoi tapi kerja...

“Work from home”, MB Peja kelihatan santai mengenakan T-shirt, sempoi tapi kerja beres

Work from home” atau bekerja dari rumah, Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu kelihatan santai mengenakan T-shirt sahaja.

Sempoi tapi kerja beres. Itulah yang mungkin dapat digambarkan dengan petikan video di bawah.

Akur dengan arahan Perdana Menteri, Dato’ Seri Ahmad Faizal hari ini menyambung tugasan beliau, di pejabatnya di kediaman rasmi MB Perak.

Apa yang menariknya ada bantuan tambahan untuk rakyat Perak.

Untung la kome orang Perak.

Bantuan khas untuk wabak Covid-19

Bantuan one-off sebanyak RM500 untuk 4,000 penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri Perak.

Bantuan akan disalurkan melalui PBT dalam masa terdekat. (kos hampir RM2 juta)

Bantuan telah diumumkan dalam perutusan khas semalam, hari ini MB umum jumlah bantuan untuk setiap penjaja dan peniaga kecil.

Wah ini menarik, kerajaan negeri akan tanggung separuh daripada kos sewaan gerai makanan dan medan selera di bawah semua PBT di Perak, selama dua bulan (Mac dan April kos lebih RM770,000)

Untuk 1,500 kakitangan barisan depan (front liner) seperti doktor, jururawat, petugas kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri yang terlibat dalam menangani wabak Covid-19 di negeri Perak.

Sumbangan makan tengahari dan makan malam untuk semua petugas sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri dan rakyat Perak kepada petugas barisan depan yang bekerja keras dan berdepan risiko jangkitan dalam menangani wabak Covid-19 (total kos RM420,000 untuk 2 minggu)

Selain itu Peruntukan khas khas sebanyak RM160,000 untuk membeli peralatan tambahan yang diperlukan oleh kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri

Moh kita tengok video ini untuk info lanjut.

WABAK COVID-19: BANTUAN KHAS TAMBAHAN Semalam MB Peja umumkan beberapa bantuan khas untuk ringankan beban golongan…

Dikirim oleh Faizal Azumu pada Rabu, 18 Maret 2020

–THE MALAYA POST

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments