Tuesday, July 9, 2024
HomeBERITA113 warga Malaysia yang terkandas di Maghribi dan tiga di Maldives berjaya...

113 warga Malaysia yang terkandas di Maghribi dan tiga di Maldives berjaya pulang ke tanah air

Timbalan Menteri Luar Negeri, Dato’ Kamarudin Jaffar merangkap Pengerusi Pasukan Petugas COVID-19 memaklumkan rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara setakat ini seramai 841 orang melibatkan 20 buah negara berikutan penguatkuasaan peraturan kawalan atau sekatan perjalanan oleh pelbagai negara sebagai langkah kawalan wabak yang kian meruncing di seluruh dunia.

Antara senarai rakyat Malaysia yang terkandas adalah :

1. India – 274
2. Uzbekistan – 209
3. Maghribi – 160
4. Mesir – 43
5. Arab Saudi – 28
6. Bangladesh – 26
7. Sweden – 26
8. Sepanyol – 19
9. Austria – 11
10. Montenegro – 8
11. Finland – 8
12. Ukraine – 7
13. Switzerland – 5
14. Norway – 5
15. Maldives – 4
16. Poland – 3
17. Hungary – 2
18. Lithuania – 1
19. Panama – 1
20. Ecuador – 1

Jumlah keseluruhan adalah 841 orang namun kesemua rakyat Malaysia yang terkandas telah diberikan bantuan konsular oleh Perwakilan Malaysia di luar negara meliputi nasihat berkenaan urusan penginapan sementara, laluan penerbangan alternatif dan bantuan-bantuan lain yang berkaitan.

Beliau turut memaklumkan bahawa Pejabat Perwakilan yang terlibat telah berjaya membantu mempermudahkan urusan pulang bagi sejumlah 116 rakyat Malaysia ke Malaysia iaitu 113 daripadanya dari Maghribi; dan tiga pula dari Maldives.

Sepertimana yang telah dinyatakan oleh Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein selaku Menteri Luar Negeri pada pagi ini, Perintah Kawalan Pergerakan oleh Malaysia tidak menghalang kemasukan rakyat Malaysia dari luar negara sepanjang tempoh penguatkuasaan perintah ini.

Rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara juga diminta untuk terus bertenang dan menghubungi Perwakilan Malaysia di samping mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan jangkitan COVID-19.

Rakyat Malaysia di luar negara juga disarankan untuk mendaftarkan diri dengan Perwakilan Malaysia yang berhampiran.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments