Friday, July 26, 2024
HomePOLITIKWisma Putra nasihat rakyat Malaysia di UK, AS kembali dengan segera

Wisma Putra nasihat rakyat Malaysia di UK, AS kembali dengan segera

Wisma Putra hari ini menasihatkan rakyat Malaysia yang kini berada di United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) kembali ke tanah air dengan segera.

Ia memandangkan penerbangan komersial masih beroperasi di kedua-dua negara berkenaan.

Memetik laporan Bernama, Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata warganegara Malaysia di AS dan UK tidak perlu menunggu sehingga kedua-dua negara itu mengenakan sekatan keluar masuk kerana ia akan lebih menyukarkan untuk keluar.

“Nasihat saya kepada semua rakyat Malaysia yang mahu kembali dari UK dan AS, untuk pulang sekarang.

“Jangan tunggu sehingga sekatan keluar masuk dilaksanakan di kedua-dua negara ini, dan kemudian meminta pertolongan kerajaan dan Wisma Putra untuk membawa mereka pulang,” katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan bantuan peralatan perubatan daripada kerajaan China kepada Malaysia, di sini hari ini.

Datuk Seri Hishammuddin berkata terdapat dua masalah yang dihadapi kerajaan untuk menyelesaikan masalah rakyat Malaysia terkandas di luar negara.

Pertama, jika sekatan keluar masuk dilaksanakan di negara berkenaan.

Ia hanya dapat diselesaikan melalui G2G (kerajaan dengan kerajaan) dan ia hanya dapat diselesaikan sekiranya Wisma Putra mempunyai hubungan dua hala yang kukuh dengan negara berkenaan.

Tambahnya beliau masalah kedua ialah walaupun kita mempunyai hak pendaratan dan kita mempunyai perjanjian dengan kerajaan (asing) untuk membenarkan pesawat negara masuk, Malaysia perlukan pesawat yang disewa khas dan jumlahnya adalah besar.

Sebagai contoh, jelas beliau berdasarkan anggaran Wisma Putra, kos untuk membawa pulang semua warga Malaysia di AS adalah sekitar RM50 juta.

“Jumlah RM50 juta itu boleh digunakan untuk membeli peralatan, ubat-ubatan untuk rakyat Malaysia yang memerlukan. Jadi harap rakyat Malaysia yang berada di luar negara dapat memahami, ia bukan sekadar peruntukan.

“Bagi (warga Malaysia) di UK dan AS, mereka masih boleh pulang, masih ada tempat untuk membawa mereka pulang, jadi pulang sekarang dan jangan pulang selepas sekatan keluar masuk dikeluarkan di kedua-dua negara berkenaan kerana bilangan rakyat Malaysia, terutamanya di AS adalah terlalu ramai,” katanya.

Dilaporkan lebih 100,000 kes COVID-19 yang disahkan direkodkan di AS semalam.

SourceBernama
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments