Sunday, June 16, 2024
HomeBERITACOVID-19 : 62 pulih, 159 kes baharu, satu kes kematian dalam negara

COVID-19 : 62 pulih, 159 kes baharu, satu kes kematian dalam negara

Berhubung perkembangan terkini COVID-19, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham memberitahu 61 kes telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini (28 Mac).

Ini menjadikan kes kumulatif pulih dan discaj daripada wad adalah sejumlah 320.

Manakala 159 kes baharu telah direkodkan, menjadikan kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 2,320 kes.

Kira-kira 73 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 54 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Terdapat satu kes kematian baharu dilaporkan pada hari ini.

Jumlah keseluruhan kes kematian dalam negara setakat ini sebanyak 27 kes.

Dalam pada itu, beliau memohon agar mereka yang telah menghadiri perjumpaan tabligh dan mempunyai simptom virus ini, segera mendapatkan pemeriksaan di hospital.

Datuk Dr Noor Hisham juga menasihatkan orang ramai agar terus patuh kepada arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) demi membantu membendung seterusnya memutuskan rantaian virus pandemik ini.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan penghargaan di atas sumbangan dari pelbagai pihak samada dalam bentuk wang ringgit, alat keperluan dan kelengkapan dan makanan.

Sidang media bersama Ketua Pengarah Kesihatan berhubung Covid-19

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Sabtu, 28 Maret 2020

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments