Sunday, June 23, 2024
HomeBERITAWisma Putra lancar tabung sumbangan peralatan perubatan MDES

Wisma Putra lancar tabung sumbangan peralatan perubatan MDES

Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Hishamuddin Hussein merakamkan penghargaan terhadap petugas barisan hadapan atau “frontliners” yang bertungkus lumus menjalankan tanggungjawab sepanjang krisis #COVID19.

“Saya amat berterima kasih kepada beberapa pihak. Pertama, sudah tentunya kepada para doktor, jururawat, kakitangan hospital, anggota PDRM dan ATM yang berjuang siang malam demi menyelamatkan nyawa serta memastikan keselamatan kita semua.

“Kedua, sebagai Menteri Luar Negeri, saya juga sangat terhutang budi kepada warga Wisma Putra terutama Taskforce Covid-19, warga KLN di Putrajaya, serta mereka yang bertugas di Perwakilan Malaysia di 106 buah negara.

“Saya tahu, tugas mereka cukup mencabar khususnya demi memastikan rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara dibantu sebaiknya,” tulis beliau di laman Facebook miliknya.

Beliau berkata, lebih sukar apabila sebahagian mereka bertugas di negara yang lebih teruk terjejas akibat wabak ini berbanding di Malaysia.

“Saya tidak mahu, semasa mereka pergi ke merata tempat termasuk lapangan terbang serta pejabat Kerajaan di sana untuk berunding, ada dalam kalangan mereka dijangkiti wabak ini.

“Saya percaya, salah satu langkah pencegahan terbaik ialah membekalkan mereka dengan medical gloves, face mask dan hand sanitizer yang mencukupi.

“Namun, saya tidak mahu menambah beban Kerajaan atau mengambil peralatan perubatan daripada NADMA untuk diberi kepada mereka. Saya faham, frontliners kita di hospital serta anggota PDRM dan ATM amat memerlukannya,” ujar beliau.

Oleh kerana itu, beliau telah mengarahkan Wisma Putra memulakan inisiatif baru yang dinamakan Malaysia’s Diplomatic Equipment Stockpile (MDES).

MDES merupakan inisiatif kebajikan yang memberi peluang kepada semua pihak termasuk individu, syarikat korporat, NGO, parti politik serta Kerajaan untuk menyumbang peralatan perubatan bagi kegunaan frontliners Covid-19 Wisma Putra.

“Bahasa mudahnya, MDES ialah tabung peralatan perubatan yang berkonsep sukarela – siapa mahu, boleh menyumbang.

“Saya berterima kasih kepada Kerajaan China yang jadi pihak pertama menyumbang 10,000 face masks ke dalam MDES.

“Saya harap, ramai lagi akan menyumbang. InsyaAllah, sekiranya jumlah peralatan perubatan yang terkumpul menerusi MDES melebihi keperluan frontliners Wisma Putra, kita akan serahkan kepada NADMA untuk diagihkan kepada pihak yang memerlukan dan marilah sama-sama doakan, semoga inisiatif ini membawa manfaat yang diharapkan. InsyaAllah,” kongsinya.

MALAYSIA'S DIPLOMATIC EQUIPMENT STOCKPILE : INISIATIF BAHARU WISMA PUTRA!Sepanjang krisis #COVID19, saya amat…

Dikirim oleh Hishammuddin Hussein pada Senin, 30 Maret 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments