Saturday, May 18, 2024
HomeBERITADato' Dr Musa minta YB Zuraida hanya duduk di rumah

Dato’ Dr Musa minta YB Zuraida hanya duduk di rumah

Tular di media sosial membahaskan berkenaan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin dilihat memakai baju pelindung diri ketika menyertai satu operasi sanitasi COVID-19 semalam.

Menerusi perkongsian dari Twitter Perunding Pediatrik dan Perubatan Hospital Pakar KPJ Damansara, Dato’ Dr Musa Mohd Nordin berkata tindakan Ahli Parlimen itu dianggap mengarut dan tidak bertanggungjawab.

Seperti yang sedia maklum pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini sedang menghadapi kekurangan bekalan PPE dan alatan perubatan lain dalam menangani pesakit COVID-19.

Justeru itu, Dato’ Dr Musa meluahkan rasa kecewa terhadap perbuatan Menteri KPKT yang ‘membantu’ mengurangkan lagi benteng pertahanan KKM iaitu bekalan pakaian PPE untuk digunapakai dalam menyaring dan menyelamatkan pesakit.

Beliau menasihati sebaiknya dalam waktu begini menteri berkenaan duduk dirumah dan tidak melakukan perkara yang tidak sepatutnya demi negara.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments