Sunday, June 23, 2024
HomeBERITAWarga Malaysia yang mahu pulang ke tanah air perlu tandatangani Surat Aku...

Warga Malaysia yang mahu pulang ke tanah air perlu tandatangani Surat Aku Janji dan Indemniti

Bermula 1 Jun 2020, rakyat Malaysia yang berada di luar negara yang berhasrat untuk pulang perlu menandatangani Surat Aku Janji dan Indemniti (Letter of Undertaking) sebelum pulang ke tanah air.

Borang LOU boleh dimuat turun bermula hari ini di laman sesawang Kementerian Luar Negeri dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Selain itu, borang LOU juga boleh didapati di empat lagi portal yang akan dikemaskini dalam waktu terdekat termasuklah Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Setiap permohonan perlu dilampirkan bersama dokumen berkaitan bersama LOU lengkap ke email Perwakilan Malaysia selewat-lewatnya tiga hari sebelum tarikh berlepas.

Inisiatif ini diambil selari dengan keputusan kerajaan untuk mengenakan 50 peratus kos kuarantin iaitu RM75 sehari kepada mereka yang pulang selepas 1 Jun 2020.

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Minggu, 24 Mei 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments